Thursday 25 December 2008

we are surrounded by... BY BruneiNexus

1. Pontianak. Siapa inda kenal pontianak hantu yang paling popular sekali. Ia mudah dikenali dengan rambutnya yang panjang dan memakai kain warna putih. Ada jua yang menceritakan hantu ini selalunya berasal daripada perempuan yang meninggal semasa mengandung. Sebab atu tah ada yang dilihat membawa anak dan kadang-kadang anak yang di endongnya itu ialah nisan kubur. Apa yang membuat ia popular ialah ia selalu berada di foto-foto semasa menangkap gambarnya secara tidak sengaja. Aku masih ingat Allahyarham niniku bercerita jika terliat hantu yang berwarna putih lebih baik cepat-cepat lari dan jangan lagi melihatnya. Iatah bisai-bisai semasa driving, jangan sesuka hati kan menumpangkan orang lain walaupun bini-bini atu lawa.

2. Hantu Pocong. Hantu yang bangkit dari kubur dengan masih memakai kain kafannya. Hantu ini dikatakan berasal dari Indonesia dan selalunya dikatakan hantu itu datang semasa orang akhir tidur malam dan bising. Orang dulu-dulu selalunya menakutkan kanak-kanak supaya jangan akhir tidur. Hantu ani inda pandai berjalan, melompat saja. Inda ku tau kalau kainnya atu dibuka entah-entah terabang pun pandai kali.

3. Hantu Kalindahau. Ingat ku masa damit-damit dulu my mom always said "wang, sadangtah main tapuk-tapuk, kena tapuk oleh kalindahau inda lagi tercari tu" Hantu ini dikatakan suka menapuk kanak-kanak yang bermain tapuk-tapuk. Hantu ini mempunyai saiz yang besar dan menapuk kanak-kanak itu dibadannya sendiri. Apabila kanak-kanak itu kena tapuk langsung inda boleh buat apa-apa dan inda lagi tercakap. Yang ganjilnya walaupun orang yang mencari kanak-kanak itu di tempat sama berkali-kali tetapi tidak jua kelihatan. Untuk mencari kanak-kanak itu ialah dengan menggunakan bomoh atau orang yang pandai. Soalan bonus: siapa tahu dimana selalunya kalindahau menapuk orang? cari sendiri jawapan.

4. Toyol. Digelar juga sebagai pencuri yang handal. Mana jua mencuri inda meninggalkan kesan. Ia berasal dari bayi yang baru meninggal dunia dan dijampi. Tujuannya ialah satu sahaja iaitu mencuri. Makanan utama toyol ialah darah dari ibu jari kaki perempuan. Ada yang cakap toyol langsung tidak berbahaya. Kalau orang lain mungkin fikir alien kali warna hijau tapi sayang spaceship nada.

5. Berbalan atau balan-balan. Hantu yang terabang cuma dengan kepala saja. Mangsanya ialah darah perempuan yang sedang mengandung. Balan-balan ialah manusia yang menyihir diri sendiri dan tujuannya ialah satu saja iaitu untuk menjadi muda semula. Selalunya keluar waktu malam dan mencari darah perempuan yang sedang mengandung kerana darah itu boleh menjadikan mereka muda semula. Kesian banyak jua cara lagi kan awet muda seperti operation kah ani pakai main sihir-sihir, mana boleh tu berdosa bah.

5. Berbalan atau balan-balan. Hantu yang terabang cuma dengan kepala saja. Mangsanya ialah darah perempuan yang sedang mengandung. Balan-balan ialah manusia yang menyihir diri sendiri dan tujuannya ialah satu saja iaitu untuk menjadi muda semula. Selalunya keluar waktu malam dan mencari darah perempuan yang sedang mengandung kerana darah itu boleh menjadikan mereka muda semula. Kesian banyak jua cara lagi kan awet muda seperti operation kah ani pakai main sihir-sihir, mana boleh tu berdosa bah.

7. Orang Bunian. Ia dikatakan macam manusia jua. Macam-macam bangsa jua ada yang melayu, cina dan sebagainya. Ada juga yang Islam dan ada yang kafir. Durang suka tinggal di hutan dan kadang-kadang tinggal di rumah manusia jua. Mereka juga boleh merasuk orang jika kehidupannya diganggu. Ingat dulu cerita STPRI kerasukan dan hantu yang masuk Islam. Lagi satu cerita pasal kanak-kanak di giant.

8. Hantu Jerangkong. Hantu ini yang ku liat dalam filem dan selalunya digunakan untuk ilmu hitam. Pengamal-pengamal ilmu hitam akan membelanya demi untuk kepentingan diri sendiri seperti menyihir orang dan lain-lain. Entah mengapa orang Melayu suka main sihir-sihir ani.

Updated: kalau ku dapat infonya barutah ku menambah lagi. Kalau nada dapat, inda tah tu.

9. Jenglot 10. Langsuir 11. Hantu Raya

Hantu-hantu dalam Islam. Mungkin perkataan hantu inda sesuai. Apa yang ku maksudkan ialah makhlub ghaib yang terdapat dalam Al-Quran. Seperti apa yang ada dalam Al-Quran Surah Al-Hijr ayat 27 " Dan kami telah menciptakan jin sebelum Adam dari api yang sangat panas". Jadinya kita patut percaya wujudnya makhluk ghaib di dunia ini.

1. Iblis. Siapa inda kenal Iblis raja segala kejahatan dan juga yang menyebabkan Nabi Adam keluar daripada syurga dan seterusnya menetap di bumi. Tujuan Iblis ialah menyesatkan orang yang tidak beriman. Iblis yang berasal daripada api diberikan kehidupan yang lama sehingga kehari kiamat. Lama kelamaan pun mati jua Iblis ani sebab tiada satu makhluk pun yang kekal kecuali Allah S.W.T

2. Syaitan. Tentera bagi Iblis dan tujuan mereka juga ialah untuk menyesatkan serta mengacau anak-anak Adam. Dalam Islam banyak nama-nama syaitan yang ada seperti Ifrit. Kita digalakkan membaca ayat Kursi untuk mengelakkan gangguan syaitan. Ingat tu sebelum tidur, berjalan malam, etc jangan lupa baca ayat-ayat Al-Quran. Penting untuk perlindungan dari Syaitan

3. Jin. Jin juga seperti manusia iaitu mereka mempunyai agama dan juga kaum. Tetapi mereka tidak dapat dilihat oleh manusia biasa. Mungkin jin ini sama seperti apa yang ku describe mengenai dengan orang bunian iaitu tinggal dengan manusia dan sebagainya. Orang tertentu sahaja yang dapat melihat. Ada yang mengatakan bahawa jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman dan kebanyakan daripada mereka tidak tahu yang Nabi Sulaiman telah wafat. Apa yang menakutkan ialah jin juga dapat mengubah bentuk. Ingat video jin yang masuk Islam dan bukan yang kena main-mainkan atu.

2 comments:

  1. jeglot ani sejenis hantu aka jin ia bentuknyna patung. dibari makan darah berubah bentuk tia ia. adatu d sfogzero.org kh mnakh

    ReplyDelete

Rumah Sewa - Zeezohan

Cerita ani lama sudah inda pulang seram bnr. Our family had to moved to a rented bungalow for a while. I think we're the only muslim fam...