Kejadian #4: Nak duduk dibelakang atau depan?
Aku baru sahaja menghantar kawanku yang tinggal jauh di pendalaman. Jam baru sahaja menunjukkan pukul 2 pagi. Seperti biasa aku tidak akan menggunakan 'air-con' dan aku turunkan cermin keretaku yang bersebelahan tempat aku memandu untuk merasa 'fresh air'. Embun-embun tebal menutupi jalanraya dan aku terpaksa menggunakan 'highlight'.
Keretaku meluncur laju di jalan raya. Hanya dua, tiga kereta sahaja yang aku terserempak semasa menggunakan jalan tersebut. Angin yang masuk ke dalam keretaku juga terasa begitu sejuk sekali. Aku juga sedang asyik mendengar lagu-lagu yang diputarkan oleh DJ Rangkaian Pelangi itu. Tak juga aku merasa kesunyian.
Aku mula memasuki kampung-kampung kecil dan jalanraya juga semakin gelap gelita kerna tiada lampu-lampu jalan yang disediakan di sepanjang jalan tersebut. Aku memang tak minat melalui jalan tersebut jika waktu begini kerna aku dengar ramai juga yang 'terserempak' atau 'diganggu' semasa melalui jalan tersebut. Tetapi aku tidak menghiraukannya kerna aku memang selalu menggunakan jalan itu dan satu-satunya jalan yang dekat untuk menuju ke kampungku.
Keretaku laju memasuki jalan tersebut dan tanpa aku sedari aku telah mencapai kelajuan 100km/h. Alamak! terlebih sudah. Aku tekan lagi pedal keretaku kerna aku merasa belum cukup laju dan aku mula merasa mengantuk. Aku kehairanan kerna tiba-tiba sahaja keretaku jadi berat semacam. Aku lihat meter kelajuanku. Masih lagi 100km/h. Hairan! Aku tekan lagi sepenuhnya namun sia-sia. Enjin keretaku juga semakin bising. Bulu romaku tiba-tiba meremang tinggi. Aku terasa seperti ada 'orang' yang duduk di kerusi belakang. Aku tidak menghiraukannya kerna itu mungkin adaian ku semata-mata namun keretaku itu masih lagi terasa begitu berat sekali.
Tangan ku mula menukar rancangan radio dan mencari rangkaian Islam yang 24 jam itu. Aku mula merasa tidak sedap badan. Rangkaian Islam itu belum juga aku tercari-cari. Tiba-tiba aku merasa tiada angin yang masuk ke dalam keretaku itu padahal cermin disebelahku itu terbuka luas. Bulu roma ku juga semakin meninggi. Aku juga perasaan yang 'benda' itu duduk di kerusi bersebelahanku. Mungkin dia sengaja menutup cermin kereta aku kot? Seram sejuk badanku.
Aku mula teringat petua-petua orang tua dan aku cuba untuk 'experiment' salah satu petua tersebut.
"Aku tak kacau kau lah... balik tah..", tiba-tiba aku bersuara. 'Benda' itu masih juga disebelahku. Aku tak menoleh ke arahnya kerna aku melihat dengan penuh konsentrasi jalanraya di depanku yang ditutupi oleh embun-embun tebal.
"Aku tak kacau kau lah, jangan tah kacau aku.. balik tah...", aku bersuara dengan nada yang tinggi sedikit.
Beberapa saat kemudian... Aku terasa 'benda' itu mula hilang perlahan-lahan dan angin sejuk mula memasuki ruang keretaku. Kereta ku juga terasa ringan seperti biasa dan ku lihat kelajuan keretaku. 120km/h. Selamat juga rasaku akhirnya.
Walaupun aku sudah mengelaminya tetapi itu tidak membuatkan aku untuk tidak keluar malam dan menggunakan jalan tersebut. Janji aku tak kacau 'benda' itu sudah.
A collection of local ghost stories submitted by Bruneians (mostly)
Tuesday, 30 December 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Rumah Sewa - Zeezohan
Cerita ani lama sudah inda pulang seram bnr. Our family had to moved to a rented bungalow for a while. I think we're the only muslim fam...
-
Salam :) Eh, kamu pernah sadar kah? Kalau baru2 pindah ke rumah baru, macam ada2 saja terjadi? Maybe kalau kan di explain log...
-
Location: UBD Story-reteller's note: I try my best to keep the stories as original as from how I have heard them. But if you have any ot...
No comments:
Post a Comment